4 maut, 2 bawah serangan jantung dalam kebakaran tapak pembinaan Korea Selatan

SEOUL – Empat orang maut dan dua lagi mengalami serangan jantung selepas kebakaran berlaku di tapak pembinaan di bandar pelabuhan Busan di tenggara Korea Selatan pada Jumaat, kata beberapa media.

Kebakaran berlaku kira-kira 10:51 pagi waktu tempatan (0151 GMT) di tapak pembinaan hotel di Busan, kira-kira 325 km tenggara ibu kota Seoul.

Antara enam orang yang mengalami serangan jantung, empat orang disahkan meninggal dunia kemudian.

Laporan awal berkata lapan orang mengalami serangan jantung dalam kebakaran itu.

Sebelum kebakaran berlaku, 10 pekerja sedang bekerja di dalam bangunan.

Kebakaran dipercayai berpunca daripada bahan penebat yang dimuatkan berhampiran kolam renang di tingkat satu.

XINHUA