6 maut, 3 cedera dalam kemalangan jalan raya selatan China

NANNING – Enam orang terbunuh dan tiga lagi cedera dalam kemalangan jalan raya pada Isnin di daerah Zhongshan di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China, menurut pihak berkuasa tempatan.

Sebuah van mini yang dalam perjalanan di bahagian lebuh raya negara berlanggar dengan sebuah lori kira-kira jam 7 pagi ini. Empat maut di tempat kejadian dan dua meninggal dunia kemudian walaupun usaha menyelamat kecemasan dilakukan.

XINHUA