Category: Blog

Your blog category

  • Eight killed in western Pakistan suicide bombing: police

    PESHAWAR, Pakistan — A suicide bomber detonated at a checkpoint in western Pakistan on Saturday, killing eight people and wounding five more, officials said.

    The bomber set off the blast from the back of a motorbike rickshaw near the town of Mir Ali in Khyber Pakhtunkhwa province, a local police officer said on condition of anonymity.

    Four police officers were killed alongside two members of a state paramilitary force and two civilians in the attack near the border with Afghanistan, he said.

    Pakistan has seen an increase in militancy since the Afghan Taliban returned to power in 2021, with Islamabad claiming hostile groups are now using the neighboring country for shelter.

    “Among the five injured personnel, the condition of three is critical, and they have been transferred to a local military hospital,” the police officer said.

    A local government official who also did not want to be named confirmed the same toll of dead and wounded.
    The attack was claimed by a little-known militant group calling itself “Aswad ul-Harb.”

    Another checkpost near the Afghan border was raided this week by the Pakistani Taliban, killing 10 police officers.

    Last year, the country saw more suicide attacks than any year since 2014, according to the Pakistan Institute for Conflict and Security Studies.

    There were 29 suicide attacks registered, killing 329 people in Pakistan’s deadliest year in a decade.

    AN-AFP

  • Bunuh along: Hukuman gantung penjual burger diganti penjara 30 tahun

    PUTRAJAYA — Seorang penjual burger terlepas tali gantung apabila Mahkamah Rayuan di sini hari ini menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya dengan penjara 30 tahun kerana membunuh pemberi pinjaman wang tidak berlesen susulan pertikaian mengenai hutang.

    Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim turut memerintahkan Kamaruddin Abd Rahim, 48, dikenakan 12 sebatan dan mengarahkannya menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap iaitu 11 September 2017.

    Ahmad Zaidi, ketika menyampaikan keputusan mahkamah, berkata hujah pembelaan berhubung tindakan Pesuruhjaya Kehakiman yang mencadangkan agar empat saksi dipanggil semula pada hari beliau sepatutnya memberi keputusan di akhir kes pendakwaan adalah tanpa merit.

    Beliau berkata Pesuruhjaya Kehakiman itu, yang mengambil alih kes tersebut daripada hakim lain, telah bertindak secara adil kerana menerima hujah pembelaan agar tidak memanggil semula saksi terbabit.

    Ahmad Zaidi berkata pendakwaan telah membuktikan niat Kamaruddin untuk mencederakan mangsa yang membawa kepada kematiannya berdasarkan kecederaan parah yang dialami di bahagian kepala.

    Beliau juga berkata Kamaruddin gagal membuktikan pembelaan terhadap provokasi yang serius dan mengejut.

    Bagaimanapun, beliau membenarkan rayuan Kamaruddin untuk menggantikan hukuman mati dengan penjara.

    Turut bersidang Hakim Mahkamah Rayuan Mohamed Zaini Mazlan dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noorin Badaruddin.

    Terdahulu peguam Gurbachan Singh, yang dibantu oleh Aashwini Rajan, berkata Kamaruddin tidak mendapat perbicaraan adil kerana Pesuruhjaya Kehakiman telah bertindak sebagai pendakwa raya kedua dan berusaha melakukan ‘baik pulih kecemasan’ selepas kedua-dua pihak selesai berhujah di akhir kes pendakwaan.

    Beliau berkata Pesuruhjaya Kehakiman sepatutnya meminta pendakwaan memanggil semula saksi terbabit sejurus selepas mengambil alih kes itu.

    Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fuad Abdul Aziz pula berhujah tindakan perayu menggunakan sebatang kayu untuk memukul kepala mangsa menunjukkan niatnya untuk membunuh.

    Pada 30 Disember 2022, Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman mati ke atas Kamaruddin selepas mensabitkannya dengan kesalahan membunuh Ng Yeong Chian, 29, di kaki lima bersebelahan sebuah gerai di Teluk Batik, Lumut, Perak pada 10.40 pagi 11 September 2017.

    Pembelaan Kamaruddin menyatakan bahawa dia telah meminjam RM1,000 daripada Ng dan RM40 perlu dibayar setiap hari dalam tempoh 35 hari sebagai faedah serta jumlah prinsipal.

    Tertuduh berkata dia gagal membuat pembayaran kerana telah menutup gerainya selama tiga hari untuk menziarahi saudara yang sakit di Melaka.

    Kamaruddin berkata pada hari kejadian, Ng yang datang untuk mengutip hutang di gerainya telah melontarkan kata-kata kesat.

    BH ONLINE-BERNAMA

  • Wholesale prices in Palestine surge by 6.26 percent in Q2 2024

    RAMALLAH — A significant rise in wholesale prices in Palestine was registered during the second quarter of 2024, marking a 6.26% increase compared to the first quarter of the year, according to the Palestinian Central Bureau of Statistics (PCBS).

    This surge primarily affected locally produced and consumed goods, which saw a 14.73% increase, while imported goods experienced a 2.73% rise.

    The impact of Israeli aggression on Gaza since October 7, 2023, was cited as the major driver behind the continued price hikes in the current quarter. Wholesale prices for goods in the wholesale trade sector, excluding motor vehicles and motorcycles, rose by 6.98%. This sector constitutes 89% of wholesale trade.

    The PCBS statistics highlighted specific increases in various wholesale categories: solid, liquid, and gaseous fuels and related products rose by 26.86%, live animals by 22.00%, fish, meat, and their products by 17.98%, pharmaceutical and medicinal products by 7.41%, metals and metal ores by 4.32%, waste and scrap and other unspecified products by 2.90%, coffee, tea, cocoa, and spices by 2.79%, textiles, clothing, and footwear by 1.78%, building materials, plumbing, heating equipment, and supplies by 1.72%, dairy and egg products by 1.59%, and sugar, chocolate, confectionery, and bakery products by 1.10%.

    Meantime, wholesale prices decreased for certain categories: non-specialized wholesale trade by 4.10% and animal and vegetable oils and fats by 2.31%.

    Simultaneously, the wholesale and retail trade, and repair of motor vehicles and motorcycles sector saw a slight decrease of 0.31%, accounting for 11% of wholesale trade. Prices for motor vehicle parts and accessories dropped by 1.23%, while motor vehicles themselves experienced a minor decline of 0.09%.

    WAFA

  • Speaker DUN Kelantan umum kekosongan kerusi Nenggiri disandang wakil BERSATU

    KOTA BHARU — Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dikosongkan bermula hari ini.

    Perkara berkenaan diumumkan Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada sidang media di pejabatnya, sebentar tadi.

    Katanya, keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan pada 13 Jun lalu menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU mengenai keahlian ADUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim yang hilang daripada BERSATU.

    “Maka dengan ini saya mengisytihar menurut Fasal 1 Perkara 31A bahawa berlaku kekosongan luar jangka kerusi DUN Nenggiri diwakili Mohd Azizi.

    “Maka dengan ini menurut Fasal 4(4) Perkara 31A, kekosongan kerusi perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima notis kekosongan,” katanya.

    Ia sekali gus merungkai perkembangan isu kerusi DUN berkenaan selepas Mohd Azizi, ADUN BERSATU yang juga Ahli Parlimen Gua Musang sebelum ini mengikrar sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Media sebelum ini melaporkan, enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN BERSATU sudah digugurkan keahliannya serta-merta.

    Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) yang juga ADUN Nenggiri, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

    Seorang lagi ialah ADUN Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari.

    Ia selepas mereka gagal memberi sebarang jawapan berkaitan surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.

    BH ONLINE

  • Marah keluarga meninggal di Palestin, lelaki didenda RM100 lekat bendera Israel

    KAJANG — Mahkamah Majistret hari ini mengenakan denda RM100 terhadap seorang pekerja sambilan sewaan kereta selepas mengaku bersalah meletak pelekat bendera Israel di sebuah restoran makanan segera, bulan lalu.

    Majistret Nurul Hafzan Ab Aziz, turut memerintahkan Tariq Hazim Mohd Yusri, 25, menjalani hukuman penjara sehari jika gagal membayar denda.

    Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa meletakkan pelekat bendera Israel di restoran makanan segera iaitu tempat seorang wanita bekerja yang mana keamanan mungkin terganggu di Batu 10, Jalan Hulu Langat, jam 4.42 petang pada 29 Mei lalu.

    Pendakwaan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100 jika disabit kesalahan.

    Berdasarkan fakta kes, seorang pekerja restoran itu menyedari ada beberapa pelekat bendera negara terbabit dilekatkan di lantai berdekatan premis berkenaan.

    Wanita itu kemudian memaklumkan perkara itu kepada pengurusnya dan hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati tertuduh melakukan kesalahan berkenaan sebelum beredar dengan menaiki kereta.

    Sebelum menjatuhkan hukuman, Nurul Hafzan bertanya kepada tertuduh apa yang mencetuskan tindakan itu sebelum Tariq Hazim menegaskan kemarahan akibat ada keluarga meninggal dunia di Palestin.

    “Kamu (tertuduh) kena fikir kesan perbuatan sebab kalau kamu buat begitu (lekat bendera Israel di restoran makanan segera), ia tidak akan menjadikan keadaan lebih baik,” kata Nurul Hafzan.

    Ketika rayuan meringankan hukuman, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) mewakili tertuduh, Nabilla Rosli, memohon anak guam dikenakan denda minimum kerana hanya berpendapatan RM2,500 sebulan.

    “Tertuduh perlu menanggung isteri yang tidak bekerja dan ibu mentua yang juga ibu tunggal, manakala ibu bapanya masing-masing ada penyakit gout dan jantung.

    “Tertuduh menyesal atas kesilapan dan memohon maaf kepada semua pihak,” katanya.

    Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Husna Amran, pula memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam serta sebagai pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan sama.

    BH ONLINE

  • Kanak-kanak Palestin berkata dipaksa buka pakaian oleh tentera Israel di selatan Gaza

    KOTA GAZA, Palestin — Kanak-kanak Palestin bercakap tentang dipaksa oleh tentera Israel membuka pakaian di bandar Al-Qarara di selatan Semenanjung Gaza.

    Pasukan tentera Israel bergerak ke bandar itu awal Rabu di bawah pengeboman berat, menurut seorang wartawan Anadolu.

    Dalam keterangan yang dikumpulkan oleh Anadolu, kanak-kanak berkata askar Israel telah menyerbu beberapa rumah di bandar itu dan memaksa mereka menanggalkan pakaian atas mereka.

    Beberapa orang, termasuk wanita, telah ditahan semasa operasi Israel.

    Anadolu merakam imej kanak-kanak yang telah dipaksa menanggalkan pakaian mereka ketika mereka tiba di Hospital Syahid Al-Aqsa di Deir al-Balah di tengah Semenanjung Gaza.

    Tiada komen Israel pada masa penerbitan laporan ini.

    Israel meneruskan serangan kejamnya ke atas Gaza sejak serangan Hamas 7 Oktober walaupun resolusi Majlis Keselamatan PBB menuntut gencatan senjata segera.

    ANADOLU, 5 Jun 2024

  • 5 maut selepas ribut melanda Texas

    SAN FRANCISCO — Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera selepas ribut kuat malam Sabtu melanda komuniti di Cooke County, negeri Texas AS, kata pihak berkuasa tempatan.

    Kanak-kanak adalah antara yang maut, kata Sheriff Cooke County Ray Sappington, sambil menambah, sekurang-kurangnya dua kanak-kanak turut hilang.

    Ribut memusnahkan pusat perjalanan di tepi jalan berhampiran Valley View, Texas, dan komuniti rumah perkilangan, Sappington berkata, “Pencarian dan penyelamatan sedang berjalan…Kami berpendapat bahawa jumlah itu mungkin akan meningkat.”

    Puting beliung telah disahkan oleh Valley View yang bergerak kira-kira 40 mph, Pengarah Perhubungan Komuniti Daerah Denton, Dawn Cobb berkata dalam satu kenyataan.

    Pejabat Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan di Fort Worth mengeluarkan beberapa amaran puting beliung petang Sabtu.

    XINHUA

  • Kebakaran membunuh enam bayi baru lahir di hospital bayi di ibu negara India

    NEW DELHI — Enam bayi baru lahir maut dalam kebakaran di hospital penjagaan bayi di ibu negara India, New Delhi, kata pihak berkuasa tempatan pada Ahad.

    Rakaman televisyen menunjukkan anggota bomba cuba memadamkan kebakaran yang berlaku lewat malam Sabtu dan menyambar hospital di bahagian timur bandar itu.

    Jabatan bomba memberitahu agensi berita ANI, di mana Reuters memiliki pegangan minoriti, bahawa enam lagi kanak-kanak telah diselamatkan dan dibawa ke hospital lain, dengan seorang menggunakan ventilator. Kebakaran sejak itu berjaya dikawal.

    REUTERS

  • 3 terbunuh, 5 cedera dalam pertempuran bersenjata di Istanbul

    ISTANBUL — Tiga orang terbunuh dan lima lagi cedera pada Khamis dalam pertempuran bersenjata antara dua kumpulan di bandar terbesar Türkiye, Istanbul.

    Pejabat gabenor Istanbul berkata dalam kenyataan akhbar, konfrontasi itu berpunca dari sebuah kafe di daerah Uksudar yang sibuk di sebelah Asia bandar itu pada kira-kira jam 8 malam. waktu tempatan (1700 GMT).

    Pertikaian antara kedua-dua kumpulan itu memuncak menjadi pertempuran bersenjata, tambah kenyataan akhbar itu.

    Dua daripada yang cedera berada dalam keadaan kritikal, kata pejabat itu, sambil menambah bahawa siasatan ke atas insiden itu sedang dijalankan.

    Saluran berita televisyen Turki melaporkan jumlah orang yang terlibat adalah kira-kira 40 orang.

    Beberapa rakaman video diedarkan di platform media sosial X menunjukkan anggota polis mengepung jalan bagi meningkatkan langkah keselamatan sementara unit penyiasatan menjalankan pemeriksaan mereka.

    XINHUA

  • 7 maut dalam letupan dandang kilang di barat daya India

    NEW DELHI — Sekurang-kurangnya tujuh orang, termasuk dua wanita, maut dan lebih 40 lagi cedera apabila sebuah dandang meletup di sebuah kilang kimia di negeri barat daya India Maharashtra pada Khamis, seorang pegawai kerajaan tempatan mengesahkan kepada Xinhua melalui telefon.

    Kemalangan itu berlaku di kawasan Dombivli di daerah Thane di negeri itu, berhampiran ibu kota kewangan negara itu, Mumbai.

    Kilang kimia tempat dandang meletup terletak di kompleks Perbadanan Pembangunan Perindustrian Maharashtra.

    Kilang kimia itu terbakar selepas letupan. “Tujuh mayat telah ditemui dari lokasi. Mereka yang cedera telah dimasukkan ke hospital tempatan,” kata pegawai kerajaan tempatan itu.

    Menurut laporan awal, ketika api merebak, tong dram yang mengandungi bahan kimia mula pecah, memecahkan cermin tingkap rumah berhampiran. Bunyi beberapa letupan boleh didengari pada jarak 1.5 km dari tapak kilang, laporan media memetik saksi mata sebagai berkata.

    XINHUA

  • Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud landa tengah Filipina

    MANILA, 3 Mei (Xinhua) — Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda tengah Filipina pada Jumaat, kata Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina