SEOUL — Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol ditangkap di kediaman presiden pada Rabu, menjadi presiden pertama negara itu yang ditahan dalam tahanan berhubung pengenaan undang-undang tentera yang singkat.
Unit siasatan bersama, terdiri daripada Pejabat Siasatan Rasuah bagi Pegawai Berpangkat Tinggi (CIO), Pejabat Siasatan Kebangsaan (NOI), dan ibu pejabat penyiasatan kementerian pertahanan, berkata dalam notis singkat bahawa Yoon ditangkap pada 10:33 pagi waktu tempatan (0133 GMT).
Rakaman TV menunjukkan kenderaan membawa Yoon yang ditangkap bergerak keluar dari kediaman di tengah Seoul untuk disoal siasat di pejabat CIO di Gwacheon, di selatan Seoul, sebelum ditahan di Pusat Tahanan Seoul di Uiwang, hanya 5 km dari pejabat.
CIO akan dikehendaki membuat keputusan dalam masa 48 jam sama ada untuk mendapatkan waran berasingan untuk menahan Yoon sehingga 20 hari untuk soal siasat lanjut atau membebaskannya.
Yoon menjadi penyandang presiden pertama yang ditangkap dalam sejarah moden negara.
XINHUA