NEW DELHI — Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dan lebih 50 cedera apabila pentas sementara dipasang untuk penganut di sebuah jemaah agama runtuh di negeri utara India, Uttar Pradesh pada Selasa, kata seorang pegawai polis tempatan melalui telefon.
Terdapat beberapa wanita dan kanak-kanak dalam kalangan mangsa kejadian itu, yang berlaku di daerah Baghpat di Uttar Pradesh, menurut polis.
Pentas sementara dibuat daripada buluh dan kayu. Ia runtuh kerana gagal menanggung beban orang yang berdiri di atasnya.
Kecoh berlaku tidak lama selepas kejadian itu. Mereka yang cedera telah dimasukkan ke hospital tempatan.
XINHUA