HANOI – Lapan sekeluarga terbunuh pada Khamis selepas sebuah kereta terjunam ke dalam parit di wilayah utara Vietnam, Nam Dinh, lapor media tempatan VnExpress.
Kemalangan itu berlaku pada petang Khamis ketika sebuah kereta tujuh tempat duduk dalam perjalanan di bandar Nam Dinh.
Kereta itu terjunam ke dalam parit yang terletak dua meter dari jalan raya. Orang ramai berdekatan memecahkan pintu kereta dan membawa mangsa keluar.
Lapan maut di tempat kejadian. Seorang sedang dirawat di hospital. Kes itu dalam siasatan lanjut.
XINHUA