KIEV — Direktorat Perisikan Utama Kementerian Pertahanan Ukraine (GUR) mendakwa pada Khamis ia memusnahkan dua kapal Rusia di Laut Hitam dekat pantai Crimea.
Kapal itu, yang dikenal pasti sebagai bot berkelajuan tinggi KS-701 Tunets, dihentam oleh dron laut tempur Magura V5, kata GUR dalam catatan Telegram.
Operasi itu dijalankan oleh unit pengendali dron maritim Kumpulan 13 GUR di Teluk Vuzka di pantai barat Crimea.
Menurut GUR, sejak awal tahun ini, Kumpulan 13 telah menenggelamkan empat kapal Rusia di Laut Hitam, iaitu kapal peluru berpandu Ivanovets, kapal pendaratan Caesar Kunikov, kapal peronda Sergey Kotov, dan kapal peronda berkelajuan tinggi Mangust.
Xinhua