BERLIN – Jumlah kecederaan meningkat kepada 36 orang selepas sebuah kereta merempuh orang ramai di Munich, Jerman, pada Khamis. Pendakwa raya Jerman menganggap kejadian itu sebagai cubaan membunuh, menurut polis Munich, yang mengadakan sidang akhbar bersama dengan pendakwa raya pada Jumaat.
Polis berkata dua mangsa mengalami kecederaan kritikal, termasuk seorang kanak-kanak. Penyiasat mengesyaki seorang pencari suaka Afghanistan berusia 24 tahun sengaja memandu keretanya ke rali kesatuan sekerja di pusat bandar. Lelaki itu, yang berada di negara ini dengan permit pemastautin yang sah, telah ditahan di tempat kejadian.
Insiden itu berlaku ketika Munich bersiap sedia untuk meningkatkan keselamatan menjelang Persidangan Keselamatan Munich, perhimpunan utama pakar dasar luar dan pemimpin global yang akan bermula pada Jumaat. Tempat persidangan terletak kira-kira 1.6 km dari lokasi nahas.
XINHUA