5 maut dalam nahas jalan raya di selatan Filipina

MANILA – Sepasang suami isteri dan tiga anak mereka maut selepas motosikal mereka bertembung dengan sebuah trak penghantaran di wilayah Misamis Oriental, selatan Filipina, kata polis pada Sabtu.

Polis berkata, nahas berlaku di pekan Initao ketika keluarga itu dalam perjalanan ke sebuah bandar pada petang Jumaat.

Semua lima mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah, kata polis.

Polis menahan pemandu trak itu ketika siasatan berhubung punca kemalangan maut itu dijalankan.

XINHUA