MOSCOW – Kremlin pada Sabtu berkata ia berterima kasih kepada kumpulan militan Palestin Hamas kerana membebaskan seorang tebusan Rusia-Israel dari Gaza dalam pertukaran tahanan lain dengan Israel.
“Moscow mengalu-alukan pembebasan Alexander Trufanov (yang dikenal pasti oleh Israel sebagai Sasha Trupanov) dan menyatakan rasa terima kasihnya kepada kepimpinan Hamas kerana mengambil keputusan ini,” kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov, menurut agensi berita RIA Novosti.
AN-AFP/ 15 Feb 2025