BANDARAYA MEXICO — Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh selepas sebuah helikopter terhempas di selatan Mexico City, kata pihak berkuasa tempatan pada Ahad.
Pablo Vazquez, ketua sekretariat keselamatan warga Mexico City, berkata di media sosial bahawa orang di kawasan kejiranan tidak berisiko selepas nahas itu.
“Kami boleh mengesahkan bahawa tiga orang kehilangan nyawa, juruterbang pesawat dan dua penumpang,” kata pegawai tempatan dalam satu kenyataan.
XINHUA