Bot ditemui hanyut dengan lebih 10 mayat di utara Brazil

SAO PAULO — Lebih 10 mayat ditemui pada Sabtu di dalam sebuah bot yang hanyut di muara sungai Amazon yang mengalir ke Atlantik, di luar pantai negeri Para di utara Brazil, kata jabatan bomba tempatan.

Polis berkata dalam satu kenyataan bahawa pasukan khusus telah pergi ke wilayah Amazon Brazil untuk menyiasat identiti orang di dalam bot itu.

Menurut pihak berkuasa tempatan, bot itu ditemui oleh nelayan pada pagi Sabtu di Braganca.

Rangkaian berita GloboNews melaporkan 10 hingga 20 mayat ditemui di dalam bot itu.

Pihak berkuasa negeri mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa ia telah melancarkan siasatan ke atas insiden itu.

XINHUA