MOSCOW — Keputusan Dewan Perwakilan AS untuk memberikan bantuan ketenteraan kepada Ukraine akan menjadikan Amerika Syarikat lebih kaya dan seterusnya merosakkan Ukraine, kata Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov pada Sabtu.
“Keputusan untuk memberikan bantuan kepada Ukraine telah dijangka dan boleh diramalkan. Ini akan memperkayakan lagi Amerika Syarikat dan seterusnya merosakkan Ukraine, menyebabkan lebih ramai rakyat Ukraine terkorban,” kata Peskov dipetik agensi berita Rusia TASS sebagai berkata.
Dewan Perwakilan AS pada Sabtu meluluskan beberapa siri rang undang-undang bantuan asing memperuntukkan gabungan 95 bilion dolar AS untuk Ukraine, Israel dan sekutu di Indo-Pasifik. Rang undang-undang itu juga termasuk langkah untuk merampas aset Rusia yang dibekukan untuk membiayai Ukraine.
XINHUA