Buruh mengaku cabul kehormatan teman wanita

KUALA TERENGGANU — Seorang buruh dipenjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah mencabul kehormatan teman wanitanya.

Keputusan dibuat Majistret Noor Mazrinie Mahmood selepas tertuduh, Ahmad Ridhwan Abdullah Hazam, 31, mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang ketika kejadian berusia 25 tahun dengan maksud mencabul kehormatannya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pantai Batu Buruk di sini, jam 2 pagi pada 16 April 2022.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354Kanun Keseksaan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap pada 24 Oktober 2023.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Marlisa Marzuki.

BH ONLINE