Demam Lassa membunuh 13 di selatan Nigeria

ABUJA – Sekurang-kurangnya 13 orang maut akibat wabak demam Lassa di negeri Edo, selatan Nigeria, kata pihak berkuasa tempatan pada Ahad.

Kerajaan negeri mengesahkan 83 kes daripada 378 jangkitan disyaki sejak 30 Disember 2024, kata Pengarah Kesihatan Awam Negeri Stephenson Ojeifo.

“Tujuh pesakit sedang menerima rawatan, manakala yang lain telah dibenarkan keluar,” tambah Ojeifo.

Dia mengaitkan kadar kematian yang tinggi itu disebabkan kelewatan lawatan ke hospital, menggesa masyarakat mendapatkan bantuan perubatan “jika demam berterusan melebihi 72 jam”.

Demam Lassa merebak melalui makanan atau barangan rumah yang tercemar dengan air kencing atau najis tikus. Ia berjangkit apabila manusia menyentuh air liur, air kencing atau najis tikus.

Pada 2024, Nigeria melaporkan 214 kematian akibat demam Lassa, menurut Pusat Kawalan Penyakit Nigeria.

XINHUA