Enam pendatang lemas di luar pantai Aegean Turkiye

ISTANBUL – Enam pendatang mati lemas manakala 27 lagi diselamatkan oleh pengawal pantai apabila bot mereka mula karam di luar pantai barat Turkiye, kata menteri dalam negeri pada Rabu.

Insiden itu berlaku sebelum fajar di selatan pusat peranginan tepi laut Izmir di perairan yang memisahkan pantai Turki dari pulau Greek, Samos, yang terletak hanya 15 kilometer (sembilan batu) jauhnya.

“Mayat enam pendatang tanpa izin yang tidak bernyawa telah dikeluarkan dari air,” Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya menulis di X, sambil menambah bahawa pengawal pantai telah menyelamatkan 27 yang lain, seorang daripada mereka ditahan kerana disyaki menyeludup.

Bulan lalu, tujuh pendatang mati lemas di kawasan air yang sama.

Kapal karam adalah perkara biasa di laluan pendek tetapi berbahaya antara pantai Turki dan pulau Greek berdekatan, Samos, Rhodes dan Lesbos yang berfungsi sebagai pintu masuk ke Kesatuan Eropah (EU).

Menurut Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM), 2,333 pendatang hilang atau mati di Mediterranean tahun lalu.

AN-AFP/19 Feb 2025