Kebakaran gudang peluru di barat Kemboja mengorbankan 20 askar: PM

PHNOM PENH, 27 April (Xinhua) — Dua puluh askar terbunuh pada Sabtu ketika api menyapu gudang peluru di barat Kemboja, mencetuskan beberapa siri letupan, kata Perdana Menteri negara itu Hun Manet.

Kebakaran berlaku pada jam 2.30 petang waktu tempatan di depot peluru di Ketumbukan Tentera Ketiga di kampung Chamkar Doung di bandar Chbar Mon di wilayah Kampong Speu.

“Dua puluh askar disahkan mati dan beberapa yang lain cedera dalam letupan ini,” tulis Hun Manet dalam teks disiarkan di saluran Telegram rasminya.

Beliau merakamkan ucapan takziah kepada keluarga yang ditinggalkan dan menyampaikan simpati kepada mangsa cedera.

Perdana menteri menderma 20,000 dolar AS kepada setiap keluarga yang kehilangan dan 5,000 dolar kepada setiap askar yang cedera.

Ketua Polis Wilayah Kampong Speu Mejar Jeneral Sam Samuon memberitahu Xinhua, siasatan telah dilancarkan bagi menentukan punca kejadian. Tahap kerosakan pada depoh peluru masih dalam penilaian.