Lelaki tembak dua pegawai di balai polis Paris

PARIS — Dua pegawai polis ditembak petang Khamis di sebuah balai polis Paris, menurut sumber polis.

Kedua-duanya segera dikejarkan ke hospital dan seorang daripada mereka dalam keadaan kritikal.

Seorang lelaki, yang telah ditangkap kerana keganasan rumah tangga, merampas senjata seorang pegawai dan kemudian melepaskan tembakan ke arah dua pegawai itu, kata saluran berita Perancis France Info.

XINHUA