Penerbangan tambang rendah British easyJet tangguh penerbangan ke Israel hingga akhir Oktober

ATHENS — Syarikat penerbangan tambang rendah British easyJet pada Selasa mengumumkan ia menggantung penerbangan ke Israel sehingga 27 Okt.

“Akibat daripada situasi yang terus berkembang di Israel, easyJet kini telah mengambil keputusan untuk menangguhkan penerbangannya ke Tel Aviv untuk baki musim panas,” kata jurucakap syarikat itu dalam satu kenyataan.

Pada Ahad, syarikat itu telah mengumumkan ia menghentikan penerbangan ke Israel sehingga Selasa.

Berikutan serangan Iran ke atas Israel, beberapa syarikat penerbangan mengumumkan penggantungan sementara penerbangan mereka ke Iran atas alasan keselamatan.

Iran pada Sabtu melancarkan serangan melalui udara ke atas Israel sebagai tindakan balas terhadap serangan udara 1 April ke atas perkarangan diplomatiknya di ibu negara Syria. Ia dilaporkan menembak lebih daripada 300 dron dan peluru berpandu, dengan hampir kesemuanya dipintas oleh sistem pertahanan udara Israel dan sekutunya – AS, Perancis dan UK.

ANADOLU, 16 April 2024