RIYADH — Roti Magnah, yang berasal dari Baha, semakin popular dalam kalangan pelancong ke rantau ini, dan menjadi tarikan popular bagi pengunjung ke festival warisan baru-baru ini.
Setiap wilayah Kingdom telah membangunkan resipi dan tradisi masakan yang menceritakan kisah sejarah dan masyarakat tempatannya.
Warisan budaya ini telah menjadi bahagian penting dalam festival dan sambutan tempatan di sekitar Arab Saudi.
Seperti banyak hidangan yang Baha tawarkan, roti magnah adalah unik dan dibuat menggunakan resipi tradisional yang melibatkan tepung gandum.
Hidangan popular di rantau ini sangat bergantung pada pertanian tempatan.
Teres pertaniannya dianggap sebagai bakul makanan di rantau ini dan sumber makanan utama bagi penduduknya.
Lebih kurang 7 kg tepung gandum diuli dengan air untuk dijadikan roti istimewa ini. Bijirin diekstrak daripada tumbuhan bermusim, seperti jintan manis dan selada, manakala garam ditambah kepada doh.
Setelah diuli bahan-bahan tadi, doh diletakkan di atas batu bulat yang berdiameter lebih kurang satu meter.
Ia ditutup dengan penutup besi berbentuk kubah semasa dimasak. Satu lagi api dinyalakan di atas penutup besi untuk memanaskan doh dari atas. Tekniknya sama seperti membakar roti dalam ketuhar.
Asap dari daun pokok dodonaea yang terbakar menambahkan rasa pada roti semasa ia masak selama beberapa jam.
Galia Al-Zahrani, seorang penduduk (wanita) di Dammam yang neneknya berasal dari Al-Baha, memberitahu Arab News bahawa dia masih ingat bagaimana neneknya pernah membakar roti magnah ketika dia masih kecil. Dia ingat, dia akan membuat doh menggunakan tepung gandum dan air, tanpa yis roti, dan akan membakarnya sama ada di atas arang atau kayu.
Al-Zahrani menambah: “Anda harus memakannya dengan madu dan minyak sapi. Hidangan tidak akan lengkap tanpa itu.”
Roti magnah adalah penting kepada penduduk di rantau ini dan sering dihidangkan pada majlis atau acara khas.
Menghidangkan roti adalah tanda layanan dan orang ramai bersaing untuk menyediakan roti terbesar kepada tetamu mereka.
Sesetengah penduduk tempatan menyewa tempat untuk menghidangkan roti magnah semasa sambutan kerana kepentingannya dalam budaya tempatan.