KUALA LUMPUR – Wanita berusia 34 tahun yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas keluar dari kediamannya di Petaling Jaya dekat sini, ditemui meninggal dunia di Pantai Remis, Kuala Selangor, hari ini.
Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly.
“Mangsa ditemui di kawasan Pantai Remis, Jeram. Bagaimanapun, mangsa disahkan sudah meninggal dunia.
“Keluarganya sudah dimaklumkan. Butiran lanjut tentang kematian mangsa akan dikeluarkan dalam satu kenyataan media oleh Ketua Polis Daerah Kuala Selangor,” katanya melalui kenyataan ringkas, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan, mangsa dikenali Yong Jia Yein, 34, tidak dapat dihubungi selepas memandu kereta jenis Proton Iswara keluar dari kediamannya di Apartmen Pelangi Utama di Petaling Jaya, pada 29 Januari lalu.
M Hussein Sulehuddin dilaporkan berkata pihak polis menerima laporan kehilangan Jia Yein daripada keluarganya pada jam 12:36 pagi, Jumaat lalu.
BH ONLINE