PARIS – Satu letupan berlaku pagi Isnin dekat Konsulat Jeneral Rusia di Marseille, selatan Perancis, lapor saluran televisyen awam Perancis TF1.
Menurut TF1, letupan berlaku di arondisemen ke-8 Marseille, berdekatan kemudahan diplomatik Rusia, sebelum 8 pagi waktu tempatan (0700 GMT).
Kira-kira 30 anggota bomba telah dihantar ke tempat kejadian, kata TF1, sambil menambah bahawa polis kini “menganalisis” botol yang mencurigakan.
Laporan oleh Russia Today mengatakan orang tidak dikenali melemparkan bekas dengan campuran pembakar ke premis konsulat Rusia, dan Jurucakap Kementerian Luar Rusia Maria Zakharova berkata letupan itu mempunyai “semua tanda serangan pengganas”.
XINHUA