TEHRAN — Jurucakap pasukan pendudukan Israel berkata Iran melancarkan berpuluh-puluh dron dari wilayahnya ke arah Israel.
Daniel Hagari berkata pada malam Ahad bahawa ia akan mengambil masa beberapa jam untuk pesawat tanpa pemandu itu tiba, mendakwa bahawa tentera terbabit akan memintas mereka, menurut Times of Israel.
Rejim Israel kekal berjaga-jaga selepas Tehran berikrar membalas serangan udara rejim itu ke atas konsulat Iran di Syria pada 1 April.
Iran berkata serangan itu, yang mengorbankan tujuh penasihat tentera termasuk seorang komander kanan Kor Pengawal Revolusi Islam, adalah melanggar undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Vienna.
Menurut media Israel, rejim itu pada Sabtu menyekat perhimpunan dan membatalkan aktiviti pendidikan di tengah-tengah kebimbangan akan tindakan balas Iran.
Pihak berkuasa lapangan terbang juga mengumumkan penutupan ruang udara, manakala berpuluh-puluh pesawat meronda di langit.
IRNA